Page 2 - Buletin Jun 2016_2
P. 2

Muka surat 2
                Muka surat 2                                                                     INFO@PUSTAKA

                            Dari Meja Ketua Pustakawan

               Bismillahirrahmanirrahim.

               Salam hormat dan selamat menyambut tahun baharu 2016.
               Cabaran  perpustakaan  akademik  di  awal  tahun  2016  adalah  pengurangan  bajet
               mengurus dan bajet perolehan  buku dan sumber perpustakaan lain. Di samping itu
               GST juga dikenakan bagi perolehan bermula April tahun ini.
               Keadaan ekonomi negara sebegini memerlukan perbelanjaan berhemah bagi universiti
               dan  perpustakaan  kerana  ia  melibatkan  pemotongan  bajet  secara  keseluruhan  yang
               diterima  oleh  setiap  universiti  untuk  diagihkan  kepada  semua  fakulti  dan  pusat
               tanggungjawab.  Perolehan  buku  baharu  mengambilkira  bahan  rujukan  utama  dan
               buku  rujukan  yang  betul-betul  diperlukan,  termasuk  tambahan  buku  penerbitan  yang  terkini  dan
               relevan dengan program yang dijalankan di universiti.
               Namun demikian perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan perpustakaan tetap menjadi fokus
               bagi Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Ini bermakna staf perpustakaan perlu sentiasa cekap dalam
               memberi perkhidmatan dan berusaha meningkatkan  pengetahuan dan kompetensi diri.
               Pada  5-7  Februari  2016,  perpustakaan  berjaya  mengadakan  ‘retreat’  atau  ‘team  building’  di  Melaka
               yang  melibatkan  majoriti  staf.  Perancangan  bagi  permohonan  bajet  untuk  ‘retreat’  ini  adalah  pada
               tahun 2015. Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi dan semangat
               kerjasama  serta  ‘sense  of  belonging’  dalam  kalangan  staf.  Salah  satu  pengisian  program  adalah
               ceramah     bertajuk   “Bekerja    dari   Perspektif   Islam”   yang    disampaikan     oleh   Y.Bhg.
               Dr. Ahmad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi iaitu Timbalan Pengarah Pusat Islam, UPSI.
               Program ini membawa manfaat untuk semua staf agar lebih menghayati diri dan berazam meningkat-
               kan  perkhidmatan  dengan  lebih  cemerlang  serta  memenuhi  kepuasan  pelanggan.    Semoga
               perpustakaan akan terus mencapai kejayaan yang bukan hanya diukur secara luaran, tetapi mentaliti
               dan sikap terbuka semua staf yang positif dan mencerminkan budaya yang bersopan dan menarik.

                                                                                                        Rusliza Yaacob


                            Dari Meja Ketua Pengarang

               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca budiman.

               Perpustakaan  Tuanku  Bainun,  UPSI  bertuah  menjadi  pusat  penyebaran  ilmu  yang
               bukan hanya    memberi manfaat kepada warga universiti malah kepada masyarakat
               sekitar  Tanjong  Malim  terutamanya  pelajar  sekolah.  Perkhidmatan  dan  kemudahan
               yang  disediakan  memungkinkan  budaya  membaca  dan  menuntut  ilmu  dapat
               dilaksanakan secara berterusan.
               Perpustakaan memaparkan beberapa artikel yang boleh dikongsi bersama untuk isu
               kali ini seperti latihan atau kursus khusus yang menampilkan penceramah luar dan
               diadakan di perpustakaan untuk pegawai profesional dan pembantu perpustakaan. Diantaranya ada-
               lah  Institutional  Repository  (IR),  Resource  Description  and  Access  (RDA),  Transformasi    Pentadbiran
               dan  Pengurusan  Perpustakaan  dan  beberapa    artikel  lain.  Selain  daripada  meningkatkan  budaya
               membaca, artikel dan laporan ini boleh disimpan sebagai  dokumentasi perpustakaan untuk  rujukan
               di masa akan datang.
               Pelbagai  program  dan  aktiviti  diadakan  di  perpustakaan  untuk  tatapan  pelanggan  dan      pembaca
               semua,  termasuklah  pameran  bertema  yang  diharapkan  dapat  memberi  tambahan  maklumat  dan
               ilmu.  Selain  menyajikan  aktiviti  untuk  pelanggan  dan  pengunjung,  perpustakaan  juga  menerima
               lawatan  dari  pelbagai  institusi  dan  sekolah  serata  negeri  dan  dari  luar  negara.  Saya  berharap
               perpustakaan  bukan  hanya  menjadi  gedung  ilmu,  tetapi  sebagai  pusat  interaksi  dan  percambahan
               fikiran dalam   kalangan para ilmuan.

                                                                                                    Siti Sumaizan Ramli
   1   2   3   4   5   6   7