Page 4 - Buletin Jun 2016_2
P. 4

Muka surat 4                                                                  INFO@PUSTAKA




































                LAT: Orang  asal dari kampong memang ada nama lain.  Nama sebenar saya Muhamad Nor Khalid.
                Masa kecil kepala saya bulat. Opah dan ayah saya panggil saya bulat. Lekat nama itu sampai ke
                sekolah dan akhirnya  jadi Lat sahaja. Semasa bersekolah di Ipoh, tingkatan 1-5, bila saya balik ke
                kampung, jumpa orang-orang lama  mereka akan tegur saya “bila kau sampai Bulat?”.Tidak sangka
                nama Bulat atau Lat ini kekal dari mula bekerja sampai ke umur tua.

                PENGLIBATAN AWAL

                HAS: Datuk Lat banyak menyentuh kisah- kisah zaman persekolahan terutamanya di SMK Anderson,
                Ipoh.  Pada  era  tersebut,  bila  baca  kartun  Lat,  kita  akan  tahu  situasi  persekolahan  pada  masa
                dahulu.  Minta  datuk  ceritakan  pada  kami  pengalaman  persekolahan  tersebut  dan  bagaimana
                terjemahkan ke dalam bentuk kartun.

                LAT: Tahun 60an, hubungan antara sahabat memang rapat dan pelbagai kaum. Mula sekolah di
                kampung. Selepas lulus Special Malay Class, saya masuk sekolah Inggeris iaitu Sekolah  Jalan Pasir
                Putih.  Dalam  darjah  saya  bercampur-  campur  pelbagai  kaum    sehingga  ke  sekolah  menengah.
                Hubungan  dengan  rakan-rakan  amat  rapat  sebab  selalu  berkongsi  buku,  muzik,  sukan  dan
                perkembangan  filem.  Ada  geng,  selalu  jumpa  pada  hari  Sabtu  di  bandar,  padang  ataupun  di
                panggung wayang. Cerita remaja, kita lebih cenderung kepada rakan sebaya dan lebih hendak
                tahu tentang kawan mereka walaupun berlainan bangsa. Kadang- kadang mereka ajak ke rumah
                mereka dan kadangkala saya ajak ke rumah saya untuk berbincang mengenai buku  James Bond,
                Enid Blyton seperti Famous Five dan Secret 7.  Ia jadi kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.
                Hubungan dengan rakan- rakan masih berterusan sehingga ke tua. Pada pandangan saya, anak-
                anak  muda  sepatutnya  jangan  buang  masa.  Saya  guna  masa  lapang  untuk  melukis  kartun.
                Kampung Boy adalah cerita mengenai hal ehwal saya semasa duduk di kampung. Manakala cerita
                Town Boy, adalah masa saya bersekolah di Ipoh. Oleh kerana pada masa itu penempatan semula
                giat  berlaku,  keluarga  saya  tinggal  di  Sungai  Rokam,  Ipoh.  Jadi  orang  Ipoh  dan  hidup  dalam
                suasana orang bandar. Semua ini boleh dijadikan cerita untuk menggalakkan persahabatan.

                                                                                     (Bersambung di muka surat 5)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9