Page 5 - Buletin Jun 2016_2
P. 5

Muka surat 5
            KERJAYA SEBAGAI KARTUNIS

            HAS:    Datuk  selalu  cerita  dalam  sesuatu  situasi  semasa  terutama  situasi  semasa  kecil.  Orang
            mengkaji daripada aspek pakaian, peralatan pada zaman tersebut. Karya- karya Datuk Lat menjadi
            dokumentasi sejarah. Bagaimana datuk boleh pindahkan sesuatu situasi kepada idea kartun. Bagi
            makluman  hadirin,  kartun  ini  berbeza  daripada  illustrasi.  Kartun  ini  ada  stroke.  Stroke  kartun  Lat
            mempunyai  identiti  tersendiri  iaitu  stroke  Malaysia.  Ia  berbeza  jika  dibandingkan  dengan  stroke
            kartun barat. Boleh datuk terangkan  bagaimana boleh pindahkan sesuatu idea kepada kartun?

            LAT: Saya menjadi pemberita sejak berumur 19 tahun di Berita Harian, Kuala Lumpur. Kita memang
            kuat kejar berita. Saya ditempatkan di crime desk iaitu mencari berita mengenai polis, bomba dan
            hospital.  Saya  selalu  berada  di  hospital  dan  balai  polis  untuk  cari  berita.  Kita  sebagai  pemberita
            mesti mendapatkan berita penuh dan memberikan penerangan yang padat serta tepat kepada
            pembaca.  Kalau  kes  rumah  terbakar,  siapa  mangsanya?,  apa  tindakan  yang  diambil?,  berapa
            lama bomba sampai?, itu semua menjadi bahan berita. Masa yang sama saya sudah melukis kartun
            di Berita Minggu sejak di sekolah lagi. Jadi pemberita pun  melukis juga, apatah lagi tinggal di Kuala
            Lumpur, memang di tengah- tengah gelanggang seni melukis kartun.

            Bila  melukis  kartun,  ia  lebih  daripada  berita.  Kartun  adalah  adaptasi  daripada  bacaan.  Mereka
            tidak baca cuma tengok gambar sahaja dan mereka lagi cepat faham. 3 saat sahaja sudah boleh
            faham.  Dalam  sebuah  kotak  kartun,  ada  dialog  sikit  atau  tiada  dialog,  pembaca  boleh  faham
            dalam masa 3 saat. Jika pembaca faham, dia akan senyum.  Jika tidak faham , tengok lagi dan lagi
            dan masih tidak faham, pembaca akan marah. Saya cenderung kepada kartun kerana kartun lebih
            mudah menarik perhatian pembaca. Lukisan saya juga improve sejak bekerja dengan akhbar.

             Saya  dapat  peluang  untuk  melukis  kartun  dalam  majalah  dan  akhbar.  Keluarga  si  Mamat  sejak
            1968 berterusan sehingga 26 tahun. Dalam New Straits Times lebih 40 tahun. Saya sentiasa fikir apa
            cerita dalam akhbar yang boleh menarik perhatian pembaca. Pada masa itu,  saya masih muda
            lagi  dan  masih  cenderung  kepada  budaya  berbilang  kaum.  Saya  cenderung  kepada  kawan-
            kawan  Cina,  India,  Sikh  dan  Serani.    Bercampur  dengan  pelbagai  bangsa  sebab  mereka  juga
            cenderung  kepada  budaya  kita.  Suatu  hari  sebagai  contoh,  saya  tengok  gambar  majlis
            perkahwinan kaum Sikh. Timbul idea untuk melukis mengenai majlis perkahwinan kaum Sikh.  Majikan
            saya,  Tan  Sri  Samad  Ismail  bagi  kebebasan  berkarya  tapi  dengan  syarat  lukisan  tersebut  mesti
            diterima  oleh  masyarakat.  Saya  naik  bas  Thong  Fong  pergi  ke  majlis  perkahwinan  Sikh  di  kuil
            Kampung Pandan. Sampai di sana, saya  dibenarkan masuk dengan syarat tutup kepala dengan
            kain,  saya  tutup  dengan  sapu  tangan,  masa  itu  rambut  saya  panjang.  Saya  dapat  menyaksikan
            budaya  perkahwinan  mereka,  banyak  cerita  daripada  budaya  merisik  sehingga  ke  majlis
            persandingan.  Saya  lukis  kartun  setiap  hari  Isnin,  Selasa  dan  Sabtu  dalam  NST  mengenai  majlis
            perkahwinan tersebu. Ramai orang Punjabi telefon dan ucapkan terima kasih. Kita masukkan unsur-
            unsur kelucuan yang ada kebenaran tetapi bukan untuk mencari keburukan. Contohnya, budaya
            Sikh, bapa pengantin lelaki akan memeluk besannya dan mengangkatnya sesama sendiri.





            Teks wawancara ini bersambung pada keluaran akan datang.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10