Page 3 - Buletin Jun 2016_2
P. 3

Muka surat 3 uka surat 3
                                                                                               M
                             WAWANCARA SANTAI BERSAMA DATUK LAT


             Program  Santai  Bersama  Datuk  Lat  anjuran  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  dan  Pejabat  Karang-
             Mengarang,  UPSI  telah diadakan  pada  1  Oktober  2015  bertempat  di Dewan  SITC.  Program  yang
             berbentuk sembang santai ini dikendalikan oleh Encik Hassan Mohd Ghazali (HAS), pensyarah kanan
             Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). Berikut adalah ringkasan wawancara tersebut:

            PENGENALAN

            HAS):  Terima  kasih  kepada  puan  pengacara  majlis,  para  pelajar  dan  peminat-  peminat  kartun
            sekalian…
            Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
            Sebelum kita mula, berikan tepukan kepada Datuk Lat kerana sudi datang ke UPSI untuk bersantai
            bersama kita pada petang ini. Kita sama- sama mengetahui Datuk Lat adalah seorang insan yang
            sangat unik. Kalau kita tidak berkenalan dengan beliau rasanya sangat rugi kerana keunikan beliau
            yang sangat istimewa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
            Dunia  kartun  di  Malaysia  daripada  awal  lagi  telah  berkembang  daripada  tahun  1930an  sehingga
            kemuncak pada 80 dan 90an. Saya juga terlibat pada era 80an. Pengaruh kartun Lat sejak saya di
            alam  persekolahan  sangat  hebat.  Karya  pertama  beliau  iaitu  “3  Sekawan”  menjadi  rebutan.
            Pengaruh itu membawa saya untuk menceburi dunia kartun dan sekarang dalam bidang seni visual.

            Pada petang ini, kita akan berbicara bersama Datuk Lat mengenai perkembangan dunia kartun dan
            pengalaman beliau. Saya tertarik dengan kartun Lat kerana ia merangkumi bidang sosial, ekonomi
            dan politik serta kritikannya sangat sinis.

             DATUK LAT DAN TANJONG MALIM

            HAS:  Datuk Lat pernah mengisahkan mengenai pau Yik Mun dan Tanjong Malim dalam kartun. Minta
            Datuk Lat terangkan kisah tersebut…

            Datuk Lat (LAT): Assalamualaikum WBT…
            Sebelum  saya  membawa  kisah  mengenai  Tanjong  Malim,  saya  hendak  kongsikan  bagaimana
            masyarakat  ingat  saya  macam  itu  (watak  dalam  kartun),  pakai  cermin  mata,  rambut  panjang,
            dashing dan nampak muda. Orang selalu mencari saya sebagaimana watak dalam Kampung Boy.
            Mereka tidak sangka saya hanyalah  orang tua yang tercegat di sini. Saya telah melukis lebih dari 50
            tahun. Semasa melukis di New Straits Times, semua cerita mengenai hal-ehwal semasa. Contohnya,
            mengenai PLUS Highway.  Pada mulanya  saya  belum merasa menggunakan  highway  ke Ipoh. Bila
            dapat  peluang  menggunakannya,  baru  sedar  rupanya  tidak  menempuhi  pekan  Tanjong  Malim.
            Dahulu saya dan ayah sekeluarga mesti berhenti di pekan Tanjong Malim untuk makan pau Yik Mun.
            Dahulu saya duduk di Kuala Lumpur dan sering balik ke Kota Baru di Gopeng. Saya memang minat
            dengan  pekan  Tanjong  Malim  bukan  sahaja  kerana  paunya  tetapi  kerana  pada  hari  minggu  di
            padang ada orang berjual. Saya buat kisah orang jual ubat dan pakaian di pekan Tanjong Malim
            yang masa itu menjadi tumpuan untuk orang ramai  untuk berehat.

            HAS: Itu baru intro mengenai Tanjong Malim. Ini menunjukkan Datuk Lat sangat sensitif dengan isu- isu
            semasa. Itulah sebabnya kartun Lat menjadi bahan rujukan untuk orang menjalankan penyelidikan
            dalam  bidang  seni  visual.  Macam  mana  Lat  dapat  idea  dan  bagaimana  menterjemahkan  idea-
            idea  dalam  kartun.  Sebagai  contoh,  kartun  dulu-  dulu  lukis  kereta  bulat-  bulat  tetapi  kereta  pada
            masa itu petak- petak. Sekarang ini kereta semua bulat-bulat macam dalam kartun. Ini menunjukkan
            kartun boleh mendahului zaman.
            Baik Datuk, ada orang tanya kenapa Datuk menggunakan nama Lat?

                                                                            (Bersambung di muka surat 4 dan 5)
   1   2   3   4   5   6   7   8