Page 2 - Buletin Dis 2016_2
P. 2

Muka surat 2                                                                    Info@Pustaka


                                      Dari Meja Ketua Pustakawan

                                                      Bismillahirrahmanirrahim.
                                                             Cabaran perpustakaan akademik di awal tahun 2016 adalah pengurangan
                                                      bajet  mengurus dan bajet perolehan buku dan sumber elektronik. Di samping itu
                                                      cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga dikenakan bagi perolehan bermula
                                                      April  tahun  ini.  Keadaan  ekonomi  negara  sebegini  memerlukan  perbelanjaan
                                                      berhemah bagi perolehan yang tidak melebihi peruntukan yang diberikan. Namun
                                                      begitu, perolehan buku baharu dan senarai bacaan utama masih berlaku dengan
                                      mengambil  kira  pembelian  buku  rujukan  yang  betul-betul  diperlukan  serta  penerbitan  yang
                                      terkini dan relevan dengan program yang dijalankan di universiti.
                                      Walaupun terkesan dengan pengurangan bajet, perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan
                                      perpustakaan  tetap  menjadi  fokus  untuk  memenuhi  keperluan  dan  kepuasan  pengguna.
                                      Perpustakaan  secara  konsisten  memberi  perkhidmatan  terbaik  dan  berusaha  menambahbaik
                                      kemudahan  yang  disediakan  kepada  pengguna.  Ini  adalah  untuk  meningkatkan  budaya
                                      membaca,  memberi  lebih  tarikan  kepada  pengguna  mengunjungi  perpustakaan  dan  mendapat
                                      manfaat ilmu untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta menjadikan perpustakaan
                                      tempat untuk meneroka alam pemikiran dan khazanah ilmu tanpa batasan masa.
                                      Semoga  cabaran  di  penghujung  tahun  2016  ini  menjadi  kekuatan  bagi  perpustakaan  untuk
                                      menghadapi  tahun  baharu  dengan  penuh  keyakinan  dan  kematangan  fikiran  dalam  membuat
                                      keputusan yang terbaik untuk manfaat kita bersama.

                                      Rusliza Yaacob


                                      Dari Meja Ketua Pengarang

                                                     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca budiman.
                                                            Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan beberapa program yang bersifat
                                                     intelek dan  santai bermula Julai 2016 sehingga ke penghujung tahun. Mesyuarat PERPUN
                                                     Bil. 2/2016  yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah PNM
                                                     buat julung kalinya diadakan di UPSI iaitu pada 25 Julai 2016 di Bilik Mesyuarat Aras 4,
                                                     Perpustakaan.  Mesyuarat  MySyl  yang  melibatkan  pustakawan  dan  pegawai  sistem
                                                     maklumat  semua  universiti  awam  telah  diadakan  serentak  di  Bilik  Mesyuarat  Utama,
                                                     Canseleri.  Pada  26-27  Julai  2016  berlangsung  5th  PERPUN  International  Conference
                                      dengan  tema  System  and  Innovation  in  Libraries  bertempat  di  Felda  Residence  Hot  Springs,  Sg  Klah,
                                      Sungkai, Perak yang berjaya menarik 111 penyertaan. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr.
                                      Zakaria bin Kasa, Naib Canselor UPSI.
                                      Pesta Buku UPSI dan Hari Terbuka Perpustakaan diadakan serentak pada 12-15 Oktober 2016   dengan
                                      pameran  dan  jualan  buku-buku  terkini  dan  popular,  pengisian  aktiviti  seperti  Ujana  Ilmu,  Kafe  Ilmu,
                                      Infohunt,  My  Favourite  Book,  Pertandingan  Mencipta  Maskot  dan  pelbagai  aktiviti  lain  yang  menarik
                                      penglibatan warga universiti dan masyarakat luar.
                                      Satu  lagi  kejayaan  cemerlang  perpustakaan  adalah  melalui  produk  penyelidikan  OffPAC  (Offline    Public
                                      Access  Catalog)  yang  memasuki  pertandingan  Konvensyen  Kumpulan  Inovatif  dan  Kreatif  (KIK)  Universiti
                                      Awam  di  Universiti  Malaysia  Trengganu  (UMT)  pada  2-4  Ogos  2016  dan  menjadi  Juara    Kategori
                                      Pengurusan KIK Universiti Awam 2016 dan Penarafan Emas bagi Projek KIK Universiti Awam 2016. Semoga
                                      kejayaan perpustakaan pada tahun ini menjadi pembakar semangat untuk kita lebih berusaha dan berjaya
                                      pada tahun-tahun mendatang.
                                      Salam hormat, salam akhir tahun 2016 dan selamat menempuh tahun baharu 2017!

                                      Siti Sumaizan Ramli
   1   2   3   4   5   6   7