Page 3 - Buletin Dis 2016_2
P. 3

Julai-Disember 2016                                                             Muka surat 3



                                         5TH PERPUN INTERNATIONAL CONFERENCE 2016



                                                                                     Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi
                                                                                     pengalaman       dengan     input    daripada
                                                                                     perpustakaan-perpustakaan  di  Malaysia
                                                                                     dalam  pembangunan  sistem  dalaman
                                                                                     untuk     meningkatkan        perkhidmatan
                                                                                     kepada  pengguna,  memperkenalkan  pro-
                                                                                     duk    inovasi  terkini  yang  digunapakai  di
                                                                                     perpustakaan dalam dan luar negara serta
                                                                                     menjalinkan    kerjasama  dan  meluaskan
                                                                                     jaringan dalam kalangan para pustakawan
                                                                                     dan pegawai teknologi maklumat di dalam
                                                                                     memacu perkhidmatan  perpustakaan.

                                                                                     Persidangan  ini  berjaya  mengetengahkan
                                                                                     inovasi-inovasi  sistem  yang  dibangunkan
                                                                                     oleh  perpustakaan  dalam  dan  luar  negara
                                                                                     ke  dalam  satu  platform  perkongsian  yang
                                                                                     boleh  dimanfaatkan  bersama.  Jumlah
                                                                                     kehadiran     pembentang,       peserta    dan
                                                                                     pemamer  adalah  seramai  111  orang.    Se-
                                    YBhg. Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa        banyak 14 kertas kerja telah dibentangkan
                                             merasmikan persidangan                  termasuk  2  pembentangan  ucaptama,
                                                                                     Adam Brimo dan Richard Levy.
































                                                  Ketua Pustakawan UPSI bergambar bersama Ketua Pustakawan

                                                        UM Dr. Nor Edzan Che Nasir dan para pembentang.
   1   2   3   4   5   6   7   8