Page 6 - Buletin Dis 2016_2
P. 6

Muka surat 6                                                                    Info@Pustaka



                                                             SAMBUNGAN WAWANCARA SANTAI BERSAMA DATUK LAT


                                          Program  Santai  Bersama  Datuk  Lat  anjuran  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  dan  Pejabat  Karang-
                                          Mengarang,  UPSI  telah  diadakan  pada  1  Oktober  2015  bertempat  di  Dewan  SITC.  Program  yang
                                          berbentuk  sembang  santai  ini  dikendalikan  oleh  Encik  Hassan  Mohd  Ghazali  (HAS),  pensyarah  kanan
                                          Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). Berikut adalah sambungan wawancara daripada
                                          keluaran yang lepas.




                                         HAS:  Datuk boleh menjadikan cerita sebenar jadi watak kartun dan cerita lucu yang boleh diterima
                                         oleh  orang  ramai pelbagai  bangsa.  Boleh    datuk    terangkan  bagaimana  menimbulkan  situasi  kelu-
                                         cuan dari segi karakter, cerita dan stroke?

                                         LAT:  Menimbulkan  kelucuan  bukan  pada  lukisan  itu  dulu.  Pertamanya  lisan,  ia  sama  seperti  kita
                                         bercakap, apabila berhubung dengan orang lain, kita kena jaga cakap, jangan kasar dengan orang lain.
                                         Apa yang keluar daripada mulut kita boleh mengeratkan persahabatan. Kartun pun mengikut percaka-
                                         pan. Dengan kawan, kita boleh bercakap kasar sebab kita kenal rapat tetapi dengan pembaca, kita tidak
                                         boleh bercakap kasar sebab mereka tentu tidak suka sebab kita tidak kenal mereka. Dalam kartun walau-
                                         pun kita tidak banyak bercakap, kita kena cakap yang menyenangkan hati. Orang boleh senyum. Kena
                                         bersopan-  santun,  kalau  kita  bercakap  kasar,  tidak  ambil  peduli  perasaan  orang  lain,  menghina,
                                         menjatuhkan air muka dan mengkritik secara tidak membina boleh membuatkan pembaca akan terasa.
                                         Itu yang membuatkan pembaca tidak suka dengan lukisan kita. Kita kena jaga perasaan pembaca bila
                                         melukis.  Apa  rasa  kalau  orang  lain  menghina  dan  menjatuhkan  imej  kita.  Kita  kena  buat  orang  rasa
                                         senang hati untuk baca kartun kita. Jagalah pertuturan, bukan sahaja dalam melukis dan menulis tetapi
                                         dalam kehidupan seharian. Kartun pun boleh bercakap baik.

                                         HAS: Daripada kajian saya, kartun Datuk ada siri- siri peringkat dalam karakter . Selepas datuk di-
                                         hantar ke St Martin Art School, London dalam tahun 1970an. Karakter kartun Datuk Lat agak ber-
                                         lainan selepas kembali dari London. Boleh Datuk ceritakan?

                                         LAT: Saya di sana tidak dapat sebarang ijazah. Saya belajar mengenai figure drawing. Tujuan NST hantar
                                         saya ke sana untuk melihat perkembangan seni lukis kartun di United Kingdom, bagaimana media massa
                                         mereka menyiarkan kartun. Rupa- rupanya di sana kartun social commentary dan kartun politik  sering
                                         diketengahkan. Mereka boleh melukis kartun apa- apa sahaja, boleh melukis wajah ahli politik, perdana
                                         menteri  dan  queen.  Ini  mendorong  saya  untuk melukis  seumpama  itu  bila  balik  ke  Malaysia.  Tetapi  di
                                         sini,  ada  etika  perlu  kita  jaga  agar  dapat  mewujudkan  ketenteraman.  Akhbar  untuk  semua  peringkat
                                         orang . Itu yang saya belajar, di luar negara mereka dapat kebebasan melukis.

                                         Menteri  pertama  sekali  saya  lukis  ialah  Allahyarham  Tun  Abdul  Razak  dan  Allahyarham  Tunku  Abdul
                                         Rahman. Mulanya agak sukar. Namun, banyak jenis subjek yang kita boleh lukis menggunakan gambar
                                         orang-  orang  ternama,  orang-  orang  politik  dan  menteri.  Saya  mula  daripada  peringkat  bawah.  Saya
                                         sebagai penglipur lara di waktu pagi untuk masyarakat apabila membaca surat khabar.

                                         HAS: Tadi Datuk ada sentuh tentang karakter pemimpin. Bagaimana kita hendak lukis karakter
                                         pemimpin, pembaca boleh kenal pemimpin tersebut. Contohnya, bila datuk lukis karakter Tun Ma-
                                         hathir, orang tahu itu Tun Mahathir. Boleh Datuk ceritakan?

                                         LAT:  Bila kita melukis orang yang terkenal, kita lukis karikatur yang ada unsur kelucuan. Mula sekali,
                                         seseorang  itu  mestilah  seorang  pelukis    yang  boleh  melukis  potret.    Kebanyakan  kartunis  ada  asas
                                         melukis. Apabila mengambil satu wajah menjadi bahan karikatur, tiada formula.  Ia bergantung kepada
                                         pandangan kartunis itu sendiri. Sebagai contoh, hendak melukis mata agak susah. Kartunis perlu tentu-
                                         kan bila masa  perlu melukis mata dengan dua titik atau lakaran mata yang betul. Saya pernah diminta
                                         oleh Sultan Perak untuk lukis gambarnya sedang bermain golf. Namun, kita perlu buat dengan bersahaja.
                                         Kita  perlu  jadikan  karikatur  yang  menyenangkan  orang  yang  dilukis  dan  dia  akan  tersenyum  melihat
                                         karikaturnya. Dia juga tidak rasa sangsi untuk meletakkan lukisan itu di dinding rumahnya. Kita hendak
                                         jadikan wajah karikatur itu mirip dengan wajah sebenar.

                                                                                                         Bersambung muka surat sebelah
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11