Page 7 - Buletin Dis 2016_2
P. 7

Julai-Disember 2016                                                             Muka surat 7






















                                                                                                                Lat menunjukkan
                                                                                                                lakaran kartunnya







                                        HAS: Datuk sudah capai ke peringkat antarabangsa. Apakah rahsia Datuk boleh sampai ke peringkat anta-
                                        rabangsa dan mendapat anugerah di sana?
                                        LAT: Orang daripada luar negara yang terdiri daripada pembaca, peminat senilukis kartun, novel dan cerpen cenderung
                                        kepada cerita asal- usul dari negara kita. Mereka tidak mahu apa yang mereka sudah tahu. Mereka ingin mengetahui ke-
                                        hidupan tradisi kebudayaan dan keistimewaan unik masyarakat kita, cara hidup kita dalam bentuk apa sahaja termasuk filem
                                        dan kartun. Mulanya, saya melukis kartun mengenai majlis berkhatan di kampung dan saya hantar ke majalah Asian Maga-
                                        zine dalam bahasa Inggeris di Hong Kong. Cerita ini menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

                                        HAS:  Datuk  antara kartunis  yang awal  menceburi  bidang  kartun animasi. Boleh  Datuk  men-
                                        ceritakan pengalaman Datuk dalam animasi terutama pembikinan siri animasi Kampung Boy?
                                        LAT: Saya sebagai seorang kartunis, kita bekerja seorang sahaja dengan pen, dakwat, pensel dan
                                        sekeping kertas, duduk dalam bilik. Idea, lukisan dan dialog kita buat sendiri. Animasi diusahakan
                                        oleh beratus- ratus orang walaupun ia bermula dengan pencipta cerita seorang kartunis. Peringkat
                                        mula, kita reka character score dengan melukis  semua karakter, latar belakang dan lokasi tempat
                                        dalam cerita tersebut. Berpandukan character score mereka hasilkan animasi. Ada story animator,
                                        animator director, animators untuk uruskan penerbitan. Ada studio di Manila dan Los Angeles milik
                                        rakyat Malaysia. Disitulah bermula kerja penerbitan siri animasi Kampung Boy. Saya pada masa itu
                                        berumur dalam 40an, boleh berulang- alik. Bila tenaga kerja ramai, banyak perbincangan, pendapat
                                        kita dikritik dan lukisan kita dapat dilukis balik. Menjadi harapan saya karakter kartun  kampung
                                        boy saya dapat dikekalkan untuk faedah semua masyarakat.
                                        Bidang animasi di negara kita bermula dengan animasi Sang Kancil yang dicipta oleh Hasan Mutalib
                                        sejak tahun 1960an lagi.  Sekarang saya tidak risau kerana  saya telah lihat pencapaian animasi
                                        kartun  Upin  dan  Ipin  serta  Boboiboy  yang  telah  diterima  oleh  masyarakat  dan  telah  menguasai
                                        pasaran Asia Tenggara dan mereka juga berjaya mempromosi budaya masyarakat kita. Saya juga
                                        harap kita jangan buat animasi macam  Superman dan Batman.  Saya harap tenaga kartunis kita
                                        dapat cipta karakter yang mempunyai jatidiri Malaysia.


                                        HAS:  Sebagai kesimpulan, saya minta Datuk Lat nyatakan harapan dan pandangan mengenai
                                        dunia kartun dan animasi tanahair?
                                        LAT:  Cerita kartun dan komik daripada negara luar seperti negara Korea amat menarik kerana ia
                                        mengenai survival yang memberikan panduan. Menerangkan mengenai kawasan yang menarik se-
                                        bagai pengetahuan kita. Kurangnya tarikan  kepada majalah kartun  kerana tidak membawa kepada
                                        ilmu pengetahuan. Harap kita dapat buat kartun bukan sekadar ketawa tetapi memberikan ilmu pen-
                                        getahuan.

                                        HAS:  Akhirkata, saya mengucapkan terima kasih kepada semasa hadirin yang hadir pada petang ini dan
                                        saya amat berharap pihak Perpustakaan Tuanku Bainun  dapat terus mengadakan program bersama den-
                                        gan pihak kartunis pada masa depan.

                                        Assalamualaikum WBT…
                                                                                                                          TAMAT
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12