Page 1 - Buletin Ogos 2009
P. 1

BIL.8/OGOS 2009                               http://pustaka.upsi.edu.my               ISSN :1675-7394




                                                                              Konvensyen  Kumpulan  Meningkat
                                                                              Mutu  Kerja  ke-22  yang  berlangsung
                                                                              di    Dewan  Serbaguna,  Pejabat
                                                                              Setiausaha      Negeri       Perak
                                                                              menyaksikan    kejayaan   kumpulan
                                                                              Iqra‟  daripada  Perpustakaan  Tuanku
                                                                              Bainun  yang  berjaya  meraih  tempat
                                                                              ke  3.  Seramai  16  kumpulan  kategori
                                                                              pengurusan telah mengambil bahagian
                                                                              pada  tahun  ini.  Perpustakaan  telah
                                                                              dipilih  untuk  menyertai  pertandingan
                                                                              ini  setelah  menjadi  johan  peringkat
                                                                              UPSI pada tahun 2008.

                                                                              Kejayaan    projek    yang    telah
                                                                              dibentangkan    iaitu    „kelewatan
                                                                              memproses  artikel  keratan  akhbar‟
                                                                              telah menarik perhatian pengadil serta
                                                                              hadirin.

                                                                              “Saya    melihat    usaha    dalam
                                                                              mewujudkan  pangkalan  data  iSYS
                                                                              merupakan    langkah  yang  bijak
                                                                              sebagai  cara  mengatasi  kelewatan
           Tahniah…Usaha dan semangat berpasukan telah menghasilkan           memproses  artikel  keratan  akhbar.
           kejayaan terhadap Kumpulan Iqra‟ Perpustakaan Tuanku Bainun        Selain  itu  juga,  jika  sekiranya
           di peringkat negeri Perak                                          pangkalan  data  ini  boleh  dijual  di
                                                                              pasaran  ia  adalah  suatu  perkongsian
                                                                              yang    terbaik   bagi   membantu
                                                                              mana-mana pihak yang memerlukan.”

                                                                                           Pandangan daripada Ketua Juri
                                                                                             Datuk Zakaria b Ahmad













                       En. Mohd Azhari Ma‟ani sebagai Ketua                              Oleh : Muliati Abdul Samad
                                 Kumpulan Iqra‟
                                                                                         Email : muliati@upsi.edu.my

                                                                                                                 1
   1   2   3   4   5   6