Page 4 - Buletin Ogos 2009
P. 4

Sambungan dari muka surat 3

          Selain daripada itu,  pengguna juga boleh menapis hasil carian hanya terhadap jenis bahan yang dikehendaki sahaja melalui
          opsyen Document Type Filter. Setelah pengguna  mendapatkan hasil carian  yang dikehendaki, perincian bagi sesuatu item
          boleh  diperolehi  dengan  menggunakan  pautan  pada  tajuk bahan.  Sekiranya  item  tersebut  mempunyai  teks  penuh  atau  fail
          sampingan PDF, ianya akan dipaparkan dalam bentuk ikon dan teks yang mudah dikesan oleh pengguna. Bagi pengguna yang
          ingin menyemak bahan berdasarkan subjek atau sumber pula, terdapat fungsi browser disediakan untuk kemudahan mereka.
          Masih banyak lagi ciri-ciri serta fungsi-fungsi iSYS yang boleh diteroka oleh pengguna. Untuk keterangan lanjut, hubungi
          Bahagian Pengurusan Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun atau layari laman iSYS melalui pautan di laman web utama
          Pustaka Knowledge Portal.








         MyULIS (Malaysian Union List of Serials) merupakan satu pangkalan data yang memudahkan pencarian bahan terbitan bersiri di
         seluruh perpustakaan akademik. Sebanyak 53 buah perpustakaan akademik awam dan swasta termasuk perpustakaan cawangan
         terlibat dalam projek ini. Pelanggan kini boleh menggunakan pangkalan data ini untuk memperolehi artikel terbitan bersiri yang
         tiada dalam langganan perpustakaan Tuanku Bainun melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan.

         Langkah-langkah mudah untuk menggunakan MyULIS:-
                                                                 Pilih  dari  „Type  of  Material‟  –  „Database‟,  „Magazine‟,
         Masuk ke dalam portal perpustakaan http://pustaka.upsi.edu.my   „Journal‟,  „Annual  Report‟  atau  „Statistic‟.  Masukkan  judul
                                                                 yang  diingini  dalam  ruang  „Keyword‟.  Buat  pilihan  anda
                                                                 sama  ada  ingin  mencari  bahan  tersebut  dari  perpustakaan
                                                                 IPTA/IPTS  tertentu  atau  terus  saja  tekan  butang  „Search‟
                                                                 untuk  pencarian  secara  keseluruhan.  Contoh  seperti  di
                                                                 bawah.    Jika  inginkan  artikel  yang  tiada  dalam  koleksi
                                                                 perpustakaan,  pelanggan  boleh  memohon  perkhidmatan
                                                                 pinjaman  antara  perpustakaan  melalui  Unit  Rujukan  dan
                                                                 Perundingan, Perpustakaan Tuanku Bainun.










         Di menu „Library Tools‟, klik pada „MyULIS : Malaysian
         Union List of Serials IPTA/IPTS‟






















         Oleh : Norhanizah Zahid
         Email : hanizah@upsi.edu.my
                                                                                                                 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9