Page 3 - Buletin Ogos 2009
P. 3

Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman
       Email : asyrani@upsi.edu.my



       iSYS  merupakan  pangkalan  data  yang  dibangunkan  oleh  Bahagian
       Pengurusan  Automasi  dengan  kerjasama  Bahagian  Pengkatalogan,
       Perpustakaan  Tuanku  Bainun  khusus  untuk  tujuan  pengindeksan  keratan
       akhbar  pada  peringkat  awal  pengimplementasiannya.  Pangkalan  data
       dalaman yang telah diwujudkan ini telah meraih johan dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun 2008.

       Kini, iSYS telah mengandungi lebih daripada 8000 indeks di mana skop bahannya telah diperluaskan dengan penambahan daripada
       indeks  keratan  akhbar  kepada  indeks  artikel  majalah  dan  jurnal  serta  kertas  persidangan.  Pembangunan  iSYS  merangkumi  dua
       komponen utama iaitu enjinnya, EGET yang dibangunkan menggunakan Hypertext Preprocessor (PHP) dan juga pangkalan data
       yang  menggunakan  teknologi  MySQL.  Pembangunan  enjin  EGET  adalah  menggunakan  model  pembangunan  peningkatan
       berterusan yang membawa maksud ciri-ciri baru akan sentiasa dapat di manfaat oleh pengguna dari masa ke semasa tanpa perlu
       memaksa proses kerja diubah dengan drastik.

       Dari  segi  kepenggunaan,  iSYS  terbahagi  kepada  dua  kategori.  Kategori  pertama  adalah  khusus  untuk  para  pengurus  data  dan
       pentadbir sistem menggunakannya untuk input dan klasifikasi terhadap item yang disokong oleh iSYS. Kategori kedua pula adalah
       kategori pengguna yang khusus untuk pencarian bahan.
       Kita akan tumpukan untuk kategori pengguna di dalam artikel ini untuk memahami fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di dalam iSYS.
       Sebagaimana sebahagian besar sistem pangkalan data atas talian yang lain, antaramuka pengguna iSYS bagi kategori pengguna akan
                                                      memaparkan senarai item terkini yang terdapat di dalam pangkalan data.
                                                      Pada  ruangan  atas,  dipaparkan  kepada  pengguna  10  terma  carian  paling
                                                      „popular‟  pada  hari  semasa.  Seterusnya  adalah  medan  input  untuk
                                                      pengguna  memasukkan  terma  carian.    Sebagai  tambahan,  sekiranya
                                                      pengguna  berhajat  untuk  menapis  hasil  carian,  mod  More  options  yang
                                                      telah  disediakan.  Bagi  Search  Method,  pengguna  boleh  memilih  untuk
                                                      menggunakan  metodologi  Index,  Pattern  ataupun  Boolean  Full  Text
                                                      (BFT). Mari kita melihat contoh hasil carian bagi ketiga-tiga metodologi
                                                      ini.  Katakan iSYS mempunyai bahan dengan tajuk berikut:

                                                          Sekolah kebangsaan kini pusat integrasi pelbagai bangsa.
                                                          Sesi persekolahan perlulah diubah kepada dua sesi.









                                                            Keadaan sekolah tidak selesa di kawasan pendalaman.
                          Item 1.    Item 2.   Item 3.
         Index            √                    √
        Pattern           √          √         √        Keputusan carian dengan terma „sekolah‟:

        BFT               √                    √        Metodologi Index akan membuat carian berdasarkan indeks yang dijana
                                                        semasa  input  oleh  pengurus  data.  Ini  bolehlah  diumpamakan  seperti
       merujuk pada helaian indeks pada sebuah buku. Pattern pula membuat carian terhadap item secara masa nyata (realtime) terhadap
       pangkalan  data.  Masa  yang  diambil  oleh  metodologi  ini  untuk  mengemukakan  hasil  kepada  pengguna  adalah  lebih  lama  sedikit
       berbanding  metodologi  lain.  Hasil  daripada  metodologi  Pattern  adalah  pola  yang  mempunyai  persamaan  terhadap  terma  carian.
       Perhatikan metodologi Index dan BFT memulangkan hasil yang sama. Ini kerana BFT masih merupakan carian berdasarkan indeks,
       namun begitu perbezaannya, BFT mempunyai beberapa kelebihan termasuklah penggunaan beberapa operator boolean seperti +,-, ~
       dan  sebagainya.  Untuk  maklumat  lanjut  sila  rujuk  pada  pautan  FAQ  yang  disediakan.  Di  samping  itu,  metodologi  BFT  juga
       mempunyai kelebihan untuk membuat carian terhadap medan teks penuh (sekiranya wujud bagi item).


       Bersambung di muka surat 4                                                                                3
   1   2   3   4   5   6   7   8