BENGKEL SEMAKAN PELAN STRATEGIK DAN RETREAT PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN (PTB) 2018
12 Februari 2018 — Pada 9 hingga 11 Februari 2018 , Perpustakaan Tuanku Bainun sekali lagi membuat semakan Pelan Strategik PTB 2015 – 2020 bertempat di Suria Hot Spring Resort yang melibatkan seramai 60 orang staf perpustakaan yang terdiri daripada 16 orang staf dari pengurusan dan professional serta 44 orang staf dari kalangan pelaksana. Objektif Bengkel Semakan Pelan Strategik dan Retreat Perpustakaan Tuanku Bainun 2018 adalah untuk membuat semakan menyeluruh terhadap Pelan Strategik PTB 2015 – 2020 serta memberi pendedahan kepada staf Perpustakaan Tuanku Bainun tentang kerelevanan dan kepentingan Pelan Strategik dalam membentuk sebuah perpustakaan yang berprestij.
|
Ucapan aluan daripada Ketua Pustakawan |
|
Kakitangan perpustakaan yang menyertai Bengkel Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2018. |
|
Pembentangan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Teknikal, Cik Noriha Muhammad. |
|
Pembentangan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pelanggan & Koleksi, Encik Rozman Che Ross. |
|
Pembentangan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik & Seranta, Puan Anizah Tumin. |
|
Penerangan oleh Ketua Unit Literasi Maklumat mengenai pelan strategik yang melibatkan Unit Literasi Maklumat, Encik Afzanizam Dullah Hashim. |
|
Pembentangan oleh Ketua Bahagian Pentadbiran & Automasi Perpustakaan, Puan Wan Kartini Wan Sulaiman. |
|
Pembentangan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan Ramli. |
|
Pembentangan oleh Ketua Bahagian Perolehan, Puan Najah Saghirah. |
|
Perpustakaan Tuanku Bainun turut menjemput wakil daripada Pusat Integriti Negara, iaitu Tn. Hj. Hamilye Sham b. Harun untuk memberi ceramah motivasi bertajuk “Nilai Integriti Dalam Pengurusan Organisasi” |
|
Peserta mendengar ceramah mengenai integriti. |
|
Bina pasukan di dalam slot ceramah integriti. |
|
Ikrar integriti. |
|
Aktiviti pembinaan pasukan yang dijalankan secara santai. |
Sepanjang tiga hari dua malam bengkel ini diadakan, pelbagai aktiviti dijalankan meliputi aktiviti pembentangan berkumpulan, perbincangan berpadu, sesi soal jawab di antara pembentang dan peserta serta pembinaan pasukan. Dengan adanya bengkel semakan ini diharap dapat menyuntik semangat semua warga PTB untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mampu berdaya saing dalam era globalisasi.