Mimbar Gerak Membaca Bersama Masyarakat Tanjong Malim

23 Oktober 2018 — Bertempat di Majlis Daerah Tanjong Malim, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menjalankan program Mimbar Gerak Membaca Bersama Masyarakat Tanjong Malim bersempena Majlis Perasmian Program Publisiti & Penyertaan Awam : Draf Rancangan Tempatan Daerah Muallim & Sebahagian Daerah Batang Padang 2035 yang dirasmikan oleh YB Encik Yong Choo Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.

Kakitangan perpustakaan yang bertugas di ‘booth’ perpustakaan yang disediakan oleh pihak MDTM

Antara permainan yang dijalankan

Kehadiran maskot Perpustakaan Tuanku Bainun, Dr. Hoothoot pasti mencuri tumpuan pengunjung

Penerangan mengenai perkhidmatan perpustakaan oleh Ketua Unit Promosi dan Seranta

Pengunjung mengisi kad soal selidik program

Promosi keahlian luar perpustakaan turut dijalankan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.