3 months ago
16 Disember 2025 || Selasa || Google Meet![]()
Tanjong Malim, 16 Disember 2025 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), menerusi Unit Literasi Maklumat terus mengorak langkah proaktif dalam memperkasa budaya penyelidikan apabila telah menganjurkan Taklimat Perpustakaan Pelajar Baharu Pesisir Program Doktor Falsafah (PhD), Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPE) bertempat di GM, Kota Kinabalu pada jam 2.30 hingga 4.00 petang.![]()
Taklimat yang disertai oleh 17 orang pelajar PhD ini menjadi platform strategik dalam memperkenalkan peranan Perpustakaan sebagai rakan penyelidikan utama kepada penyelidik pascasiswazah. Program dimulakan dengan pengenalan menyeluruh kepada Perpustakaan Tuanku Bainun dan University Digital Library (UDL) sebagai nadi sokongan akademik universiti.![]()
Para peserta turut didedahkan kepada kemudahan fizikal dan digital yang ditawarkan oleh perpustakaan termasuk akses sumber elektronik, perkhidmatan rujukan, sokongan penyelidikan serta perkhidmatan sokongan akademik yang direka khas untuk keperluan pelajar PhD. Penekanan turut diberikan kepada kepelbagaian bahan rujukan berautoriti merangkumi pangkalan data dalam talian, e-journal, e-book dan koleksi bercetak yang menyokong penyelidikan bertaraf antarabangsa.![]()
Taklimat ini bukan sahaja membuka mata pelajar terhadap potensi penuh perkhidmatan perpustakaan, malah mengukuhkan peranan PTB sebagai enabler kepada penyelidikan berkualiti, berimpak dan lestari. Program seumpama ini selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan penyelidik yang celik maklumat, berdikari dan kompeten dalam ekosistem penyelidikan global.![]()
Perpustakaan Tuanku Bainun komited untuk terus memperluas jangkauan perkhidmatan literasi maklumat kepada komuniti akademik tanpa mengira lokasi, demi memastikan akses ilmu sentiasa berada di hujung jari warga UPSI.![]()
Untuk pertanyaan dan tempahan sesi Program Literasi Maklumat anda boleh hubungi:![]()
Puan Hanizah
hanizah@upsi.edu.my
+6013-521 0469 ![]()
Cik Sharifah
snhidayah@upsi.edu.my
05-4506798![]()
Unit Literasi Maklumat
Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik![]()
#bpsadihati
#demiupsi
#ptbno1
... See MoreSee Less


