TESTING

Lecture Series Bersama Dr Thava – Class 2 - Chapter 1: Introduction, Background, to Problem Statement Design with Funnel Approach07 Julai 2026 (Selasa)Perpustakaan Tuanku Bainun, telah menganjurkan Lecture Series bersama Dr Thavamaran Kanesan secara atas talian melalui Google Meet. Sesi ini dihadiri oleh warga UPSI melibatkan kakitangan dan pelajar seramai 221 orang. Sesi kali ini membawa topik “Introduction, Background, to Problem Statement Design with Funnel Approach” yang berkongsi panduan berkaitan struktur kandungan proposal, perancangan masa yang sistematik sepanjang pengajian, serta sikap dan amalan yang perlu diterapkan bagi memastikan kelancaran penyelidikan.Antara topik yang dikupas sepanjang sesi ialah penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu menghasilkan penulisan akademik yang lebih tersusun, jelas, dan berkualiti. Sesi ini turut menyentuh teknik membina pernyataan masalah (problem statement) yang berkesan dan berfokus.Semoga perkongsian ilmu oleh Dr. Thavamaran Kanesan ini dapat membantu warga UPSI khususnya dalam meningkatkan kefahaman tentang penggunaan AI secara beretika untuk menyokong proses penulisan akademik di masa akan datang. ... See MoreSee Less
View on Facebook

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

1 day 18 hours ago

24 Julai 2026 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima lawatan sambil belajar dari Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor yang melibatkan 120 orang pelajar dan 20 orang guru pengiring.

Sepanjang lawatan, para peserta dibawa meninjau pelbagai kemudahan dan ruang pembelajaran yang disediakan di PTB, termasuk kemudahan pembelajaran, ruang perbincangan, koleksi perpustakaan serta perkhidmatan digital yang menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan.

Program diteruskan dengan taklimat kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian, program akademik yang ditawarkan serta kehidupan kampus di UPSI.

Lawatan ini diharapkan dapat memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar di samping meningkatkan pengetahuan mereka tentang peranan perpustakaan akademik sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu.

#ptbupsi#demiupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

2 days 13 hours ago

Mesyuarat Bersama Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Sheikh Zuglool, Nigeria

20 Julai 2026 – Buat julung kalinya, wakil pengurusan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Ketua Pustakawan, Puan Noriha binti Muhammad telah mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Sheikh Zuglool, Nigeria.
Sesi perkongsian dan khidmat nasihat ini diadakan atas permohonan pihak Perpustakaan Sheikh Zuglool berikutan pembinaan bangunan perpustakaan baharu mereka yang dijangka siap pada penghujung tahun ini. Menyedari kepentingan perancangan yang rapi sejak peringkat awal, mereka memilih untuk mendapatkan pandangan serta kepakaran PTB bagi membantu merealisasikan hasrat membangunkan sebuah perpustakaan akademik yang berfungsi secara sistematik, cekap dan mampu memenuhi keperluan warga institusi.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, PTB berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan akademik. Perbincangan merangkumi pelbagai aspek penting, termasuk operasi harian perpustakaan, perkhidmatan kepada pengguna, infrastruktur teknologi maklumat (IT), pengurusan sumber manusia, pembangunan koleksi, penyediaan kemudahan serta keperluan lain yang menjadi tunjang kepada pengoperasian sesebuah perpustakaan yang berkesan dan mampan.

Perkongsian ini bukan sekadar membina hubungan profesional, malah mencerminkan komitmen PTB dalam berkongsi kepakaran dan menyokong pembangunan perpustakaan di peringkat antarabangsa di samping membuktikan bahawa usaha memperkasakan pendidikan dan budaya ilmu mampu merentasi sempadan negara, bahasa dan budaya.

#ptbupsi#demiupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

2 days 13 hours ago

Telaah@UPSI Siri 9/2026 | The Crafts of Malaysia

21 Julai 2026 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), UPSI telah menganjurkan Telaah@UPSI Siri 9/2026 yang menampilkan Prof. Dr. Zakaria Ali, mantan pensyarah Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), sebagai panel bagi menelaah buku The Crafts of Malaysia. Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr. Norhayati Ayob, pensyarah FSKIK.

Sepanjang sesi, Prof. Dr. Zakaria Ali mengupas kandungan buku dengan mengaitkannya kepada perkembangan seni, warisan dan situasi semasa. Perkongsian beliau bukan sahaja membuka perspektif baharu mengenai kraf tradisional Malaysia, malah turut mengajak penonton menghargai nilai kreativiti dan identiti budaya dalam era digital.

Antara intipati yang paling menyentuh perhatian ialah pandangan beliau mengenai kecerdasan buatan (AI):

"Walaupun teknologi semakin berkembang dan AI mampu menghasilkan lukisan cat air yang indah, ia tidak akan dapat menggantikan sentuhan emosi, jiwa dan pengalaman yang dizahirkan oleh seorang insan ketika menghasilkan karya seni."

Sesi ini memberikan inspirasi bahawa kemajuan teknologi seharusnya menjadi pelengkap kepada kreativiti manusia, bukannya menggantikan nilai kemanusiaan yang menjadi roh dalam penghasilan sesebuah karya.

#ptbupsi#demiupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

3 days 13 hours ago

MINPAC: AKSES SEHENTI KEPADA KOLEKSI PERPUSTAKAAN

#demiupsi #ptbupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

3 days 18 hours ago

NEW ARRIVAL⚡⚡

#demiupsi #ptbupsi