Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan adalah perkhidmatan di mana warga UPSI boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) (buku) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (artikel jurnal, bab buku dan kertas kerja persidangan).
- Perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada kakitangan akademik, pentadbiran dan semua pelajar UPSI.
- Had dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada perpustakaan pembekal.
- Permohonan boleh dibuat login kepada portal perpustakaan > My ILL > Make a request.
- Pembaharuan tempoh pinjaman boleh dibuat sekiranya dibenarkan oleh perpustakaan pembekal. Permohonan boleh dibuat melalui e-mel spp.pustaka@upsi.edu.my sebelum tarikh tamat tempoh pinjaman.
- Pemohon bertanggungjawab untuk membayar sebarang denda/yuran yang dikenakan oleh perpustakaan pembekal jika lewat memulangkan/ menghilangkan buku/ merosakkan buku.
- Semua permohonan perlu mematuhi serta tertakluk kepada Undang-undang hak cipta Malaysia (Akta Hak Cipta (Akta (332).
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan Pn. Maisarah binti Razali (05-450 5313) atau Pn. Anizah binti Tumin (05-4506834)