SERAMBI ILMU RAKYAT (SIR) CORNER

Pengenalan

Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang diperkenalkan oleh Bank Rakyat. Ia diwujudkan sebagai pusat sumber ilmu yang menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran dalam kalangan masyarakat. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), SIR Corner Bank Rakyat ditempatkan di UPSI Digital Library (UDL), Kampus Sultan Azlan Shah.

Pangkalan Data di SIR Corner, Bank Rakyat

SIR Corner menawarkan lebih 100 ribu koleksi digital yang boleh diakses melalui 2 unit terminal komputer yang disediakan dan juga secara atas talian. Antara pangkalan data tersebut adalah:

  1. Emerald (e-Journals)
  2. Overdrive (e-Books & e-Magazines)
  3. e-Newspaper
  4. Rating Agency Malaysia (RAM) Holdings
  5. Bernama Library & Infolink Service (BLIS)
  6. e-Law.my
  7. e-Pressreader
  8. YBR e-Annual Report
  9. YBR e-Bulletin
  10. YBR Streaming Video

Perkhidmatan SIR Corner ini, boleh diakses oleh pelajar dan kakitangan UPSI sahaja. Pengguna boleh mengunjungi UPSI Digital Library (UDL) untuk menggunakan perkhidmatan ini atau mereka boleh menghubungi kakitangan di Meja Penasihat Pengguna di talian 05-4507032 (Reference Desk) atau emel kepada udl.ptb@upsi.edu.my untuk mendapatkan ID untuk log masuk ke laman web Serambi Ilmu Rakyat.