Visi, Misi, Objektif

Visi

Untuk menjadi sebuah perpustakaan yang berprestij dalam bidang pendidikan selaras dengan globalisasi.

Misi

Menyediakan sumber maklumat dan perkhidmatan perpustakaan bagi memenuhi keperluan pelanggan secara profesional dalam menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan aktiviti penyelidikan universiti.

Objektif

Objektif Perpustakaan ialah untuk:

  • Mengenalpasti, mengumpul, menyimpan, mengurus dan menyediakan maklumat yang relevan bagi menyokong program-program Universiti;
  • Membangun dan menyelenggara koleksi perpustakaan secara menyeluruh dalam bidang pendidikan sejajar dengan misi Perpustakaan;
  • Menyediakan pelbagai maklumat dan kemudahan teknologi komunikasi dalam memenuhi keperluan pelanggan perpustakaan;
  • Membantu dan meningkatkan kemahiran mencari, mengakses dan memperolehi maklumat yang tepat di kalangan pengguna perpustakaan;
  • Melahirkan sumber manusia yang kompeten dalam setiap bidang pengetahuan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.