Terma & Syarat Pinjaman

Terma Peminjaman
Hanya pelanggan berdaftar sahaja dibenarkan meminjam bahan-bahan perpustakaan. Bagi pelanggan yang berstatus keahlian digantung, peminjaman bahan tidak dibenarkan. Keahlian boleh digantung atas beberapa sebab seperti denda tidak dibayar atau peminjaman telah melebihi tamat tempoh. Pelanggan boleh dikenakan tindakan disiplin atau digantung dari universiti.

Koleksi Rak Terbuka
Pengguna boleh meminjam bahan-bahan Koleksi Rak Terbuka mengikut kategori ahli yang telah ditetapkan. Pengguna juga boleh memperbaharui bahan pinjaman sebanyak 2 kali berturut-turut mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Koleksi Tanda Merah
Buku-buku Koleksi Tanda Merah hanya boleh dipinjam semalaman atau sebelum cuti umum. Semasa waktu semester, pinjaman boleh dibuat seelok-eloknya selepas 16:30 setiap hari dari Isnin hingga Jumaat atau satu jam sebelum perpustakaan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Semasa cuti semester pula, pinjaman boleh dibuat satu jam sebelum perpustakaan ditutup.

Perkhidmatan SPP
Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah sahaja. Bagi kakitangan dan pengguna lain yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, mestilah meminta kelulusan daripada Ketua Jabatan atau penyelia masing-masing terlebih dahulu. Mereka juga perlu mendapatkan kelulusan bagi pembayaran fotokopi, jawatan, bil telefon, faksimili, internet dan lain-lain.

Kelayakan Pinjaman

KategoriRak Koleksi TerbukaKoleksi Rujukan & MediaKoleksi Tanda Merah
Sarjana Muda/Pelajar Diploma10 bahan / 14 hari2 bahan / 7 hari1 bahan sehari
Pelajar Siswazah15 bahan / 30 hari2 bahan / 7 hari1 bahan sehari
Kakitangan Akademik20 bahan / 90 hari2 bahan / 7 hari2 bahan sehari
Kakitangan Bukan Akademik8 bahan / 14 hari2 bahan / 7 hari1 bahan sehari
Kakitangan Akademik (Sambilan)10 bahan / 14 hari
Kakitangan Bukan Akademik (Sambilan)4 bahan / 14 hari
Institusi4 x 2 / 14 hari
Alumni2 bahan/ 14 hari
Orang Awam3 bahan/ 14 hari
Pelajar Sekolah2 bahan/ 14 hari

Denda Lewat
Jumlah denda lewat adalah seperti berikut :

Koleksi Rak Terbuka

Minggu PertamaRM0.10 sehari
Minggu kedua dan seterusnyaRM0.20 per day sehari (tanpa had maksimum)

Koleksi Tanda Merah

SehariRM0.50 sehari
Minggu PertamaRM15.00 sehari
Minggu KeduaRM20.00 sehari
Minggu KetigaRM25.00 sehari
Lebih Daripada 4 MingguRM30.00 sehari

Koleksi Rujukan & Media
RM1.00 sehari

Denda kompaun kepada bahan-bahan yang hilang atau rosak
Pengguna akan dikenakan bayaran ke atas bahan yang hilang atau rosak. Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah tertinggi antara harga semasa bahan tersebut dengan harga yang dibayar oleh perpustakaan semasa proses perolehan. Selain itu, pengguna perlu membayar wang proses sebanyak RM25.00 bagi setiap bahan.

Denda kompaun kepada bahan-bahan yang hilang atau rosak dan tidak dinyatakan harga padanya.

Buku / bahan tempatan
Jumlah bayaran maksimum yang boleh dikenakan ialah RM50.00 dan wang proses sebanyak RM25.00 bagi satu bahan.

Buku / bahan luar negara
Jumlah bayaran maksimum yang boleh dikenakan ialah RM150.00 dan wang proses sebanyak RM25.00 bagi satu bahan.