- Pelanggan hendaklah SENTIASA mempamerkan kad matrik semasa berada di perpustakaan.
- Pelanggan hendaklah MEMATUHI etika pakaian yang ditetapkan oleh
- Makan dan minuman berperisa DILARANG di bawa masuk ke dalam perpustakaan dan Bilik Bacaan 24 Jam.
- Pelanggan TIDAK DIBENARKAN merokok di dalam kampus dan premis UPSI.
- Melakukan kerosakan terhadap harta benda adalah suatu Ini termasuk menconteng, memotong, merosak atau memusnahkan dan memindahkan barang perpustakaan.
- Perpustakaan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWABterhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian ke atas barang-barang milik pelanggan perpustakaan.
- Pelanggan TIDAK DIBENARKAN menempah tempat duduk di ruang bacaan perpustakaan dan Bilik Bacaan 24 Jam. Kakitangan perpustakaan berhak untuk mengalihkan barang yang ditinggalkan.
- Pelanggan TIDAK DIBENARKAN menggunakan mana-mana ruang perpustakaan sebagai tempat tinggal atau tempat tidur.
- Perbuatan tidak bermoral adalah DILARANG sama sekali dilakukan. Pihak perpustakaan berhak menyerahkan pelaku kepada Bahagian Keselamatan untuk diambil tindakan.
- Pelanggan TIDAK DIBENARKAN mengalihkan perabot tanpa kebenaran.
- Kakitangan perpustakaan BERHAK membuat pemeriksaan beg kepada pelanggan SEBELUM / SELEPAS memasuki perpustakaan jika sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan tersebut dilaksanakan.
- Keahlian perpustakaan tidak boleh dipindah milik. Adalah menjadi kesalahan menggunakan kad matrik pengguna lain bagi sebarang urusan di p
- Para pelanggan yang didapati memiliki bahan perpustakaan tanpa kebenaran akan diambil tindakan oleh pihak perpustakaan.
- Buku, akhbar, jurnal/majalah yang telah dibaca/dirujuk hendaklah DILETAKKAN ke tempat asalnya, atau di troli / rak sisih yang disediakan.
- Pelanggan dikehendaki meninggalkan perpustakaan setelah loceng kedua penutupan perpustakaan dibunyikan.
Penafian : Pihak perpustakaan dan universiti berhak meminda atau menambah sebarang peraturan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. Kakitangan perpustakaan juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi melindungi koleksi, perabot dan bahan perpustakaan.