Terma Peminjaman
Hanya pelanggan berdaftar sahaja dibenarkan meminjam bahan-bahan perpustakaan. Bagi pelanggan yang berstatus keahlian digantung, peminjaman bahan tidak dibenarkan. Keahlian boleh digantung atas beberapa sebab seperti denda tidak dibayar atau peminjaman telah melebihi tamat tempoh. Pelanggan boleh dikenakan tindakan disiplin atau digantung dari universiti.
Koleksi Rak Terbuka
Pengguna boleh meminjam bahan-bahan Koleksi Rak Terbuka mengikut kategori ahli yang telah ditetapkan. Pengguna juga boleh memperbaharui bahan pinjaman sebanyak 2 kali berturut-turut mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Koleksi Tanda Merah
Buku-buku Koleksi Tanda Merah hanya boleh dipinjam semalaman atau sebelum cuti umum. Semasa waktu semester, pinjaman boleh dibuat seelok-eloknya selepas 4:30 petang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat atau satu jam sebelum perpustakaan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Semasa cuti semester pula, pinjaman boleh dibuat satu (1) jam sebelum perpustakaan ditutup.
Perkhidmatan SPP
Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah sahaja. Bagi kakitangan dan pengguna lain yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, mestilah meminta kelulusan daripada Ketua Jabatan atau penyelia masing-masing terlebih dahulu. Mereka juga perlu mendapatkan kelulusan bagi pembayaran fotokopi, jawatan, bil telefon, faksimili, internet dan lain-lain.
Kelayakan Pinjaman
Kategori | Rak Koleksi Terbuka | Koleksi Rujukan, Media, Pendidikan Malaysia | Koleksi Tanda Merah |
Sarjana Muda/Pelajar Diploma | 15 bahan / 14 hari | 2 bahan / 7 hari | 1 bahan sehari |
Pelajar Siswazah | 20 bahan / 30 hari | 2 bahan / 7 hari | 1 bahan sehari |
Kakitangan Akademik | 30 bahan / 90 hari | 2 bahan / 7 hari | 2 bahan sehari |
Kakitangan Bukan Akademik | 10 bahan / 14 hari | 2 bahan / 7 hari | 1 bahan sehari |
Kakitangan Akademik (Sambilan) | 15 bahan / 14 hari | – | – |
Kakitangan Bukan Akademik (Sambilan) | 6 bahan / 14 hari | – | – |
Denda Lewat
Jumlah denda lewat adalah seperti berikut :
Koleksi Rak Terbuka
Minggu Pertama | RM0.10 sehari |
Minggu kedua dan seterusnya | RM0.20 per day sehari (tanpa had maksimum) |
Koleksi Tanda Merah
Sehari | RM0.50 sehari |
Minggu Pertama | RM15.00 sehari |
Minggu Kedua | RM20.00 sehari |
Minggu Ketiga | RM25.00 sehari |
Lebih Daripada 4 Minggu | RM30.00 sehari |
Koleksi Rujukan, Media, Pendidikan Malaysia
RM1.00 sehari
Denda kompaun kepada bahan-bahan yang hilang atau rosak
Pengguna akan dikenakan bayaran ke atas bahan yang hilang atau rosak. Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah tertinggi antara harga semasa bahan tersebut dengan harga yang dibayar oleh perpustakaan semasa proses perolehan. Selain itu, pengguna perlu membayar wang proses sebanyak RM25.00 bagi setiap bahan.
Denda kompaun kepada bahan-bahan yang hilang atau rosak dan tidak dinyatakan harga padanya.
Buku / bahan tempatan
Jumlah bayaran maksimum yang boleh dikenakan ialah RM50.00 dan wang proses sebanyak RM25.00 bagi satu bahan.
Buku / bahan luar negara
Jumlah bayaran maksimum yang boleh dikenakan ialah RM150.00 dan wang proses sebanyak RM25.00 bagi satu bahan.