Visi, Misi, Objektif
Visi
Untuk menjadi sebuah perpustakaan yang berprestij dalam bidang pendidikan selaras dengan globalisasi.
Misi
Menyediakan sumber maklumat dan perkhidmatan perpustakaan bagi memenuhi keperluan pelanggan secara profesional dalam menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan aktiviti penyelidikan universiti.
Objektif
Objektif Perpustakaan ialah untuk:
- Mengenalpasti, mengumpul, menyimpan, mengurus dan menyediakan maklumat yang relevan bagi menyokong program-program Universiti;
- Membangun dan menyelenggara koleksi perpustakaan secara menyeluruh dalam bidang pendidikan sejajar dengan misi Perpustakaan;
- Menyediakan pelbagai maklumat dan kemudahan teknologi komunikasi dalam memenuhi keperluan pelanggan perpustakaan;
- Membantu dan meningkatkan kemahiran mencari, mengakses dan memperolehi maklumat yang tepat di kalangan pengguna perpustakaan;
- Melahirkan sumber manusia yang kompeten dalam setiap bidang pengetahuan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Polisi Perpustakaan
Perpustakaan Tuanku Bainun komited untuk memberi perkhidmatan mesra pengguna yang tepat, cepat dan cekap selaras dengan objektif Universiti. Ianya dapat dicapai melalui proses kualiti yang berterusan dengan mengambil kira keperluan semua pelanggan perpustakaan dan masyarakat umum.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memastikan:
- Maklumbalas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja untuk memaklumkan bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.
- Bahan perpustakaan diproses dan dikatalog dalam tempoh satu (1) bulan untuk rujukan pelanggan.
- Artikel yang dimohon melalui perkhidmatan perundingan dan rujukan dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk sepuluh (10) artikel yang pertama.
- Akses kepada portal perpustakaan disediakan 24/7 kepada pelanggan.
- Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.
Pencapaian Piagam Pelanggan
Objektif Kualiti
- Memastikan 100% bahan pembelian semasa keluar ke BPPK dalam masa 30 hari bekerja.
- Memastikan 100% teks rujukan utama fakulti (reading list) terdapat di perpustakaan bergantung pada bahan di pasaran.
- Memastikan 100% kakitangan mencapai mata CPD mengikut kumpulan perkhidmatan.
Pencapaian Objektif Kualiti
Maskot Rasmi