Apa itu "Little Free Library@UPSI"?

Take a Book and Leave a Book
‘Little Free Library’ (LFL) UPSI adalah merupakan sebahagian daripada projek komuniti dari ‘littlefreelibrary.org’ iaitu satu ‘Non-profit organization’ (NFO) global bermula dari Amerika Syarikat. Konsep LFL adalah ‘Take a book and Leave a book’ yang bermaksud buku yang disediakan adalah percuma. LFL dibuka 24 jam, tiada tarikh pemulangan buku, tiada denda lewat pemulangan buku dan tidak perlu menjadi ahli perpustakaan. Buku-buku yang disediakan adalah bahan bacaan ringan seperti buku kanak-kanak, buku fiksyen dan bukan fiksyen. Buku-buku berkenaan diperolehi daripada hasil sumbangan syarikat-syarikat perniagaan dan individu.
Binaan ‘LFL’ ini di letakkan di tempat tumpuan ramai seperti di stesen keretapi. Dalam projek rintis ini, sebanyak 5 buah stesen keretapi di negeri Perak telah dikenalpasti iaitu di Stesen Keretapi Tanjong Malim, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. PTB berhasrat untuk mengembangkan lagi projek ini ke seluruh stesen keretapi di Malaysia pada masa hadapan.
‘Little Free Library’ UPSI (LFL UPSI) telah dirasmikan pada 11 November 2022 oleh Orang Besar Jajahan Muallim, YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad. Bagi memenuhi objektif utama program LFL UPSI, iaitu menyediakan kemudahan kepada masyarakat bagi mendapatkan bahan bacaan secara percuma, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) berpendapat struktur binaan LFL ini sangat sesuai diletakkan di tempat tumpuan ramai seperti di stesen kereta api. Sehubungan dengan itu, dalam majlis tersebut juga turut diadakan upacara menandatangani perjanjian persefahaman di antara UPSI dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) selaku badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan dengan stesen kereta api. Pada 21 dan 28 haribulan Disember 2022, struktur binaan LFL dan buku-buku telah dihantar ke lima (5) stesen kereta api terpilih iaitu di Stesen Kereta Api Tanjong Malim, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. PTB turut merakamkan penghargaan kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas kerjasama mereka hingga struktur binaan LFL dapat ditempatkan di kawasan yang sesuai dan mudah diakses oleh orang ramai. Semoga penumpang dan masyarakat sekitar stesen kereta api dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Lokasi LFL

Akan Datang

Stesen Tanjong Malim

Stesen Kampar

Stesen Ipoh

Stesen Kuala Kangsar

Stesen Taiping
Berita
Galeri
FAQ
Saya berminat untuk menyumbangkan buku untuk ‘Little Free Library’. Bagaimanakah caranya?
Perpustakaan Tuanku Bainun telah menyediakan 2 kotak sumbangan di Kampus Sultan Abdul Jalil (di pintu masuk utama perpustakaan) dan di Kampus Sultan Azlan Shah (di pintu masuk Perpustakaan Digital UPSI). Sumbangan juga kami terima secara pos. Sekiranya anda berada di lokasi ‘Little Free Library’, anda boleh memasukkan terus sumbangan anda itu.
Saya berminat untuk menyumbangkan buku untuk ‘Little Free Library’. Apakah jenis buku yang sesuai untuk saya sumbangkan?
Buku yang sesuai adalah seperti buku kanak-kanak, novel, majalah, komik dan bahan bacaan ringan atau umum. Kami menerima buku baharu atau terpakai, dalam berbagai bahasa. Buku yang mengandungi unsur lucah atau hasutan adalah DILARANG.
Saya suka buku di ‘Little Free Library’. Bolehkah saya ambil?
Boleh.
Bolehkah saya tukar buku di ‘Little Free Library’ dengan buku saya?
Boleh.
Saya dapati ada kerosakan pada binaan ‘Little Free Library’. Dengan siapa saya boleh buat aduan?
Boleh berhubung dengan pihak perpustakaan di talian 013-5210469 (Pn. Hanizah).
Perlukah saya menjadi ahli perpustakaan untuk menggunakan ‘Little Free Library’?
Tidak perlu.
Adakah ‘Little Free Library’ dibuka pada waktu malam?
Ya, ‘Little Free Library’ dibuka 24 jam.
Saya ada mengambil buku di ‘Little Free Library’ untuk dibaca di rumah tetapi saya terlupa untuk memulangkannya. Adakah saya akan didenda?
Tidak.
Tanpa sengaja, saya terkoyak buku yang saya ambil dari ‘Little Free Library’. Adakah saya perlu menggantikan buku tersebut?
Tidak perlu.
Bilakah waktu operasi ‘Little Free Library’?
‘Little Free Library’ beroperasi 24 jam selama 365 hari.
Hubungi Kami
If you encounter any issues related to the Little Free Library, please report the following:
1. Damage to the structure, such as:
Detached door, Detached signage, Broken stand/leg (please include a photo to help us assess the level of damage)
2. Book-related issues:
No books or very few books inside the structure, Torn or damaged books
📱 WhatsApp: 013-5210469 (Ms. Hani)