- Pengurusan Pelanggan & Koleksi
- Pentadbiran
- Pustaka eSubmit
- UPSI Digital Library
- Pembangunan Teknikal
Apakah waktu operasi perpustakaan?
Terdapat dua (2) waktu operasi perpustakaan, iaitu ketika semester dan cuti semester. Sila rujuk klik sini.
Bagaimana saya ingin menjadi ahli perpustakaan?
Keahlian bagi pelajar dan staf UPSI adalah secara automatik. Bagi keahlian luar, sila rujuk syarat keahlian di klik sini.
Saya bukan lagi warga UPSI, bolehkah saya menjadi ahli perpustakaan?
Ya boleh. Keahlian dibuka kepada semua bekas warga UPSI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk syarat keahlian di klik sini.
Apakah kemudahan yang terdapat di perpustakaan?
Terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan kepada pelanggan. Sila rujuk klik sini untuk maklumat lanjut.
Berapa naskhah buku yang boleh saya pinjam?
Jumlah pinjaman buku adalah berdasarkan kelayakan pinjaman. Untuk maklumat lanjut sila rujuk klik sini untuk maklumat lanjut.
Di mana saya boleh berurusan untuk pinjaman buku?
Urusan pinjaman buku boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi atau melalui mesin pinjaman layan diri, aras 1.
Berapa lama tempoh pinjaman buku?
Tempoh pinjaman buku adalah berdasarkan kategori peminjam. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk klik sini.
Di mana saya boleh pulangkan buku?
Pemulangan buku boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi, aras 1 atau secara layan diri di mesin Book2Bin yang terdapat di Bilik Bacaan 24 Jam.
Bagaimana caranya untuk saya memulangkan buku, jika sekiranya perpustakaan ditutup?
Pengguna boleh memulangkan buku secara layan diri di mesin Book2Bin yang terdapat di Bilik Bacaan 24 Jam.
Bolehkah saya pulangkan buku di UPSI Digital Library?
Ya. Boleh.
Bolehkah saya memperbaharui tempoh pinjaman buku?
Ya. Boleh. Buku yang dipinjam boleh diperbaharui sebanyak dua kali. Syaratnya buku tersebut belum tamat tempoh pinjaman.
Bolehkah saya membuat tempahan buku yang dalam pinjaman pengguna lain?
Ya. Boleh. Buku yang berstatus ‘loan’. Syaratnya pelanggan perlu log masuk ke portal perpustakaan. Buat carian dan klilk butang ‘reserve’.
Berapa kadar denda yang dikenakan bagi buku lewat dipulangkan/ rosak / hilang?
Ya. Buku yang dipinjam akan dikenakan denda kerana pinjaman melebihi tarikh pinjaman, buku hilang atau rosak. Maklumat lanjut berkaitan kadar denda sila rujuk klik sini.
Adakah perpustakaan menyediakan bilik tayangan?
Ya, perpustakaan menyediakan bilik tayangan yang terletak di aras 4 untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
Bagaimana cara untuk mengetahui buku yang terdapat dalam koleksi perpustakaan?
Untuk mengetahui judul buku yang terdapat dalam koleksi perpustakaan, pengguna perlu menggunakan webopac yang boleh dilayari di laman web perpustakaan klik sini dengan menaip judul yang dikehendaki. Selain itu , pengguna juga boleh memuatnaik aplikasi EKCMS Library Mobile App.
Mengapa saya tidak menemui buku yang dikehendaki di rak, walaupun di dalam Webopac berstatus ‘Available’?
Kenalpasti terlebih dahulu jenis koleksi buku tersebut dan lokasi buku ditempatkan melalui Webopac. Bagi koleksi khas seperti koleksi Rujukan, Tanda Merah, Laporan Tahunan, tesis dan sebagainya, ianya terletak di ruang koleksi khas yang telah ditetapkan.
Bolehkah orang luar menjadi ahli perpustakaan dan berapa bayaran untuk menjadi ahli?
Orang luar (individu) boleh menjadi ahli Perpustakaan Tuanku Bainun. Bayaran untuk menjadi ahli adalah:
• Yuran pendaftaran: RM15.00
• Yuran tahunan: RM200.00
Sebagai ahli, mereka juga akan mendapat akses ke pangkalan data dalam talian, selain pinjaman bahan seperti 2 buku dan 1 bahan audiovisual.
Bagaimana untuk membuat tempahan ruang/ bilik di perpustakaan?
Tempahan perlu dilakukan dengan login ke portal perpustakaan (pustaka.upsi.edu.my) dan klik kepada ‘resources’ dan terus mara ke IPTD untuk aduan dan tempahan ruang.
Apakah prosedur bagi permohonan lawatan ke perpustakaan?
Bagaimana jika ada organisasi luar ingin membuat kolaborasi bersama dengan perpustakaan?
Boleh emailkan permohonan kepada pustaka.upsi.edu.my. Pegawai kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
Apakah Pustaka eSubmit?
Pustaka eSubmit ialah sistem untuk memuat naik bahan akademik seperti projek tahun akhir, tesis Sarjana, dan PhD ke repositori institusi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Adakah memuat naik bahan ke Pustaka eSubmit wajib?
-
- Tesis Masters/PhD: Wajib.
- Projek Tahun Akhir: Sukarela.
Apakah bahan yang perlu dimuat naik?
-
- Projek Tahun Akhir: Bahan projek penuh.
- Tesis Masters/PhD: Borang deklarasi tesis dan tesis penuh.
Apakah format fail yang dibenarkan?
Semua bahan mesti dalam format PDF. Fail tidak boleh:
-
- Dilindungi kata laluan
- Disetkan tarikh penamat
- Dienkrip
Bagaimana cara memuat naik bahan?
-
- Layari laman web Pustaka eSubmit: https://esubmit.upsi.edu.my
- Daftar akaun untuk pengguna kali pertama.
- Masukkan nombor matrik dan kata laluan selepas akaun diaktifkan.
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik bahan.
Berapa lama masa yang diambil untuk pengaktifan akaun?
Akaun akan diaktifkan dalam 24-48 jam (hari bekerja).
Bagaimana mengetahui status bahan yang dimuat naik?
-
- Notifikasi akan dihantar melalui emel.
- Status juga boleh disemak melalui portal pengguna.
Apakah tahap penerimaan bahan?
-
- Pending for Approval: Dalam proses semakan.
- Rejected: Ditolak dengan alasan tertentu.
- Accepted: Diterima.
- Live in Repository: Tersedia untuk akses umum.
- Archived for Limited Access: Akses terhad untuk tujuan arkib.
Apa yang perlu dilakukan jika bahan ditolak?
Semak alasan yang diberikan, lakukan pembetulan, dan muat naik semula bahan tersebut.
Bagaimana jika terdapat masalah teknikal?
-
- Talian WhatsApp: 016-3630263
- Emel: pustakasys@upsi.edu.my
Apakah dokumen rasmi yang perlu diserahkan?
Pelajar Masters/PhD perlu mencetak dan menyerahkan surat penerimaan kepada IPS selepas bahan disahkan.
Adakah terdapat caj untuk menggunakan Pustaka eSubmit?
Tidak, sistem ini adalah percuma untuk digunakan.
Adakah saya boleh memulangkan buku yang dipinjam di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) di UPSI Digital Library (UDL)?
Ya boleh. Pengguna yang meminjam buku di PTB boleh memulangkan buku di UDL. Pemulangan boleh dibuat di Kaunter Siirkulasi UDL.
Saya mempunyai denda perpustakaan. Bolahkan saya membayar denda tersebut di UDL?
Ya boleh. Pengguna boleh membayar denda perpustakaan di UDL.
Saya ingin menggunakan kemudahan bilik perbincanga di UDL. Adakan saya boleh menempah bilik perbincangan tersebut?
Maaf, tiada tempahan dibenarkan untuk menggunakan bilik perbincangan. Pengunaan adalah berdasarkan ‘first come, first served’ dan untuk mendapatkan kunci dan menyemak kekosongan bilik, pengguna boleh berurusan di Kaunter Sirkulasi UDL.
Bagaimana cara untuk mencadangkan pembelian buku atau bahan rujukan baharu?
Pengguna boleh mencadangkan pembelian bahan baharu melalui borang cadangan yang disediakan di kaunter perkhidmatan pelanggan atau melalui sistem dalam talian perpustakaan. Cadangan akan dinilai berdasarkan keperluan akademik dan bajet yang tersedia.
Berapa lama proses perolehan bahan baharu biasanya mengambil masa?
Tempoh proses bergantung kepada ketersediaan bahan, kelulusan bajet, dan penghantaran daripada pembekal. Secara purata, ia mengambil masa 4 hingga 8 minggu. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pustakawan Kanan, Bahagian Pembangunan Teknikal, PTB.
Bagaimana saya boleh mencadangkan langganan jurnal baharu?
Sila semak Portal PTB untuk menentukan sama ada jurnal tersebut sudah tersedia di Perpustakaan UPSI. Selain itu, ambil maklum bahawa banyak jurnal kini boleh diakses dalam format teks penuh secara dalam talian melalui Pangkalan Data Online. Permohonan jurnal akan melalui proses penilaian yang teliti kerana, setelah diluluskan, ia akan menjadi komitmen kewangan berterusan kepada perpustakaan.
Bagaimana saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pencarian bahan menerusi Pangkalan Data dalam talian?
Anda boleh mendapatkan bantuan daripada pustakawan atau menghadiri kelas literasi yang dianjurkan oleh perpustakaan.
Bagaimana saya boleh mengakses pangkalan data langganan PTB dari rumah?
Sebahagian daripada pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan boleh diakses dari luar kampus. Hanya log masuk melalui Portal PTB.
Bagaimana saya log masuk untuk mengakses sumber dalam talian perpustakaan (pangkalan data, e-buku, e-jurnal, dll.)?
Klik pada butang log masuk dan masukkan ID pelajar atau kakitangan sebagai ID log masuk serta 4 digit terakhir nombor IC anda sebagai kata laluan.
Bolehkah saya mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah dalam mengakses atau menggunakan Pangkalan Data?
Ya, sila hubungi perpustakaan di 05-450 6832 atau melalui emel.
Adakah teks penuh tersedia untuk semua artikel?
Kebanyakan laman carian mempunyai pilihan untuk menyaring carian kepada artikel dengan “teks penuh” sahaja. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk mencari teks penuh sahaja dengan memilih “Subscribed publications” dalam carian lanjutan di ScienceDirect atau “Only content I have access to” di Emerald.
Sila hubungi perpustakaan jika artikel yang anda perlukan tidak tersedia dalam teks penuh dan tanyakan tentang perkhidmatan ILL (Interlibrary Loan).
Jika saya diberikan sitasi untuk sebuah artikel, bagaimana saya boleh mendapatkan artikel sebenar?
Untuk mencari artikel berdasarkan sitasi, ikut langkah-langkah berikut:
i. Gunakan Google Scholar
Cari menggunakan tajuk, nama penulis, atau sebahagian daripada sitasi.
• Pergi ke Google Scholar.
• Masukkan tajuk artikel atau nama penulis.
• Jika tersedia, klik pautan tersebut. Kadangkala teks penuh mungkin tiada, tetapi pilihan alternatif mungkin diberikan.
ii. Semak Akses Perpustakaan ke Pangkalan Data Jurnal
• Jika anda seorang pelajar atau bekerja di institusi, semak sama ada perpustakaan menyediakan akses kepada pangkalan data jurnal dalam talian.
iii. Gunakan DOI (Digital Object Identifier)
• Jika sitasi menyertakan DOI, pergi ke laman web doi.org.
• Masukkan DOI di bar carian, dan anda akan diarahkan ke halaman penerbit untuk artikel tersebut
iv. Hubungi Penulis
• Jika artikel tidak dapat diakses, hantarkan e-mel kepada penulis secara langsung.
• Ramai penulis sedia berkongsi karya mereka untuk tujuan akademik.
Bagaimanakah cara untuk saya menyumbangkan buku?
Perpustakaan mengalu-alukan sumbangan buku, jurnal dan lain-lain bahan Bahan yang disumbangkan akan dinilai oleh Pustakawan yang bertanggungjawab dan beliau yang akan menentukan sama ada bahan akan ditambah sebagai koleksi perpustakaan mengikut polisi yang ditetapkan.Bagi yang ingin meyumbangkan bahan boleh menghubungi Unit Koleksi Khas dan Sumbangan. Pengguna juga boleh menyumbangkan buku melalui kotak sumbangan bahan yang disediakan.
Apakah kriteria bahan sumbangan yang tidak diterima oleh pihak perpustakaan?
Antara kriterianya adalah:
• Bahan tidak relevan dengan pembelajaran dan pengajaran.
• Keadaan fizikal bahan yang tidak sempurna atau rosak.
• Bahan yang telah cukup naskhah dalam koleksi.
• Bahan yang tidak lengkap kecuali manuskrip Melayu dan bahan nadir.
• Bahan yang mempunyai unsur kontroversi yang boleh menggugat keselamatan negara dan memesongkan akidah seseorang.
• Bahan yang berconteng
• Bahan yang telah difotokopi
Apakah bahan-bahan yang terdapat di dalam Sistem Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management System)?
i. Sejarah Lisan
Meliputi bentuk audio dan visual di dalam format temuramah terhadap tokoh-tokoh yang ditentukan mengikut era SITC, IPSI dan MPSI.
ii. Memori Korporat
Meliputi bentuk audio dan visual di dalam format temuramah, profil dan teks ucapan amanat Naib Canselor terhadap pengurusan-pengurusan tertinggi UPSI dahulu dan kini.
iii. Perkongsian Pengetahuan Tersirat
• Bentuk audio dan visual di dalam format temuramah
• Slaid perkongsian pengetahuan, kursus, bengkel yang mempunyai nilai pengetahuan yang tinggi
• Manual dan panduan bercetak/digital.
iv. Program Keilmuan
Meliputi audio dan visual sesuatu program keilmuan yang dianjurkan oleh UPSI.
Bagaimana cara untuk saya akses Sistem Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management System)?
Langkah- langkah akses adalah seperti berikut:
• Sila login di laman sesawang Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
• Klik pada pautan E-Resources.
• Klik pada pautan UPSI Digital Library Hub
• Klik pada Repositories.
• Di situ, ada pautan ke Knowledge Management Repository.
Bagaimana cara untuk saya akses ke pautan video yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management System)?
• Akses kepada video yang terdapat di dalam Sistem Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management System) boleh didapati di pautan Knowledge Management Repository.
• Klik pada tajuk yang berkaitan dan akses kepada video (HTTP link) ada terdapat pada tajuk yang dipilih itu.
Bagaimana cara untuk saya dapatkan akses kepada transkrip wawancara berkenaan sejarah lisan?
Akses kepada transkrip tentang wawancara berkenaan sejarah lisan boleh didapati dengan kaedah yang sama untuk akses kepada video. (PDF full text).