
Rujukan
Pengguna boleh membuat rujukan di perpustakaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Peminjaman
Pengguna berdaftar boleh meminjam koleksi perpustakaan mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Pembaharuan Pinjaman
Pengguna boleh memperbaharui bahan perpustakaan yang dipinjam di Kaunter Sirkulasi atau Portal Perpustakaan. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak dua kali. Untuk memperbaharui bahan melalui Portal Perpustakaan, pengguna mestilah log masuk terlebih dahulu di halaman utama Portal Pustaka.

Perkhidmatan Penasihat Pembaca
Pengguna yang mempunyai masalah berkaitan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan boleh mendapatkan bantuan pustakawan di meja Penasihat Pembaca aras 1 untuk nasihat dan bimbingan.

Pameran Koleksi Terkini
Dari semasa ke semasa, pihak perpustakaan akan mempamerkan koleksi terbaru supaya dapat dilihat oleh pengguna. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam sepanjang tempoh pameran tetapi boleh dipinjam setelah selesai pameran tersebut.

Tempahan
Pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang ingin dipinjam masih dalam pinjaman pengguna lain melalui Portal Pustaka atau Kaunter Sirkulasi.

Perkhidmatan Sumber Media
Koleksi seperti cakera padat, cakera laser, filem, peta, slaid, kaset audio dan video dan kit boleh diakses di aras 4.

Perkhidmatan Peminjaman Antara Perpustakaan
Pengguna boleh memohon untuk peminjaman bahan seperti buku, artikel atau apa-apa bahan dari perpustakaan lain jika bahan-bahan yang diperlukan tidak ada dalam koleksi perpustakaan.

Bilik Multimedia
Bilik Multimedia merupakan bilik yang dilengkapi dengan peralatan audio seperti kaset dan CD-ROM. Bilik ini adalah ruangan pendengaran persendirian yang berada di aras 4.

Hebahan Maklumat Terpilih (SDI) / Perkhidmatan Kesedaran Semasa (CAS)
SDI dan CAS adalah perkhidmatan mengenai bahan baharu dan maklumat terkini yang berkaitan dengan subjek terpilih atau keperluan bahan individu.

Akses Pangkalan Data Atas Talian
Pihak perpustakaan menyediakan infrastruktur yang membolehkan pengguna mengakses pangkalan data atas talian yang boleh diakses dari luar perpustakaan atau di mana sahaja yang mempunyai akses internet.

Bilik Karel
Pengguna boleh menggunakan bilik karel yang disediakan secara percuma.

Bilik Perbincangan
Bilik Perbincangan di aras 4, mempunyai kapasiti 6 tempat duduk dalam satu masa. Pengguna boleh menempah bilik ini melalui pejabat pentadbiran di aras 4.