Struktur Organisasi

BAHAGIAN PENTADBIRAN & AUTOMASI PERPUSTAKAAN

Pengenalan

Bahagian Pentadbiran & Automasi Perpustakaan (BPAP) merupakan bahagian yang menggabungkan tiga (3) unit utama iaitu Unit Pentadbiran, Unit Server dan Pembangunan Aplikasi dan Unit Perpustakaan Digital.

Fungsi

  1. Menguruskan aset dan inventori perpustakaan.
  2. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyediakan kemudahan-kemudahan kepada kakitangan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
  3. Menguruskan sistem fail perpustakaan.
  4. Mengurus dan merancang sistem kewangan perpustakaan.
  5. Menguruskan pelan latihan / khusus untuk kompetensi kakitangan perpustakaan.
  6. Membangunkan rekabentuk pembangunan perpustakaan digital melalui sistem UPSI Institutional Repository (IR), MyTO dan I-sys bagi menyokong proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti.
  7. Mengemaskini dan menguruskan permasalahan yang berkaitan dengan portal perpustakaan.
  8. Menguruskan aduan dan permasalahan tentang ralat sistem perpustakaan (ILMU, Barrier Gate, Self Check Machine, RFID work station, Digital Signage Media).
  9. Menguruskan hal-hal yang berkaitan kontrak penyelenggaraan Sistem Perpustakaan Bersepadu dan sistem yang digunapakai.
  10. Memastikan data-data pelajar dimuatnaik ke dalam sistem ILMU dan FelcoWeb.
  11. Mengurus, mengawalselia dan menyelenggara aspek perkomputeran dan sistem rangkaian di Perpustakaan Tuanku Bainun bagi melicinkan perjalanan perkhidmatan dan proses kerja.
  12. Mengurus dan menguatkuasakan keselamatan data dan rangkaian di perpustakaan.
  13. Menyelidik, merancang, membangun dan menambahbaik manual tatacara, sistem dan aplikasi bagi mencapai fungsi serta matlamat tertentu bagi membantu persekitaran kerja dan perkhidmatan perpustakaan.

Unit

  1. Unit Perpustakaan Digital.
  2. Unit Server & Pembangunan Aplikasi (SADO).
  3. Unit Pentadbiran (Latihan & Kewangan).

BAHAGIAN PEROLEHAN

Pengenalan

Bahagian Perolehan (BPO) berperanan dalam merancang dan membangunkan koleksi perpustakaan yang terdiri dari bahan bercetak dan bahan tidak bercetak. Ia merangkumi bahan-bahan seperti monograf (buku), terbitan bersiri dan sumber media. Ia diperolehi dengan cara pembelian dan hadiah / pertukaran.

Fungsi

  1. Menentukan belanjawan bagi perolehan monograf perpustakaan yang dibuat melalui pembelian berdasarkan peruntukan tahunan dan keperluan fakulti.
  2. Bertanggungjawab membuat pemilihan bahan yang bersesuaian untuk dijadikan koleksi perpustakaan.
  3. Bertanggungjawab membangunkan koleksi perpustakaan melalui proses pembelian serta hadiah & pertukaran.
  4. Memproses bahan yang telah diperolehi secara pembelian dan hadiah / sumbangan.

Unit

  1. Unit Monograf.
  2. Unit Hadiah & Pertukaran.

BAHAGIAN PENGKATALOGAN

Pengenalan

Bahagian Pengkatalogan bertanggungjawab memproses semua bahan yang diterima dari Bahagian Perolehan dengan membuat pengkatalogan dan perlabelan bahan mengikut standard dan polisi yang ditetapkan.

Fungsi

  1. Menyediakan pengkatalogan kepada semua bahan yang diterima samada secara pembelian, sumbangan dan juga hadiah dari institusi luar.
  2. Menyediakan sistem penyimpanan dan pencarian maklumat kepada pengguna perpustakaan.

Unit

  1. Unit Monograf.
  2. Unit Koleksi Khas.
  3. Unit Bahasa Moden.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN SOKONGAN AKADEMIK & SERANTA

Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik dan Seranta (BPSA) merupakan bahagian yang menggabungkan lima (5) unit utama iaitu Unit Penyelidikan, Unit Rujukan & Perundingan, Unit Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP), Unit Literasi Maklumat dan Unit Promosi & Seranta.

Fungsi

  1. Menguruskan kajian penyelidikan dan analisa data bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.
  2. Mengendalikan dan menguruskan perkhidmatan perundingan dan rujukan maklumat.
  3. Merancang dan membangunkan pempakejan maklumat berdasarkan bidang kajian penyelidik.
  4. Menguruskan laporan bibliometrik dan saintometrik aktiviti penyelidikan dan penerbitan universiti.
  5. Membangunkan perkhidmatan Current Awareness Services Selective Dissemination of Information.
  6. Membangun dan mengurus perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan serta penubuhan Koleksi Pinjaman Antara Perpustakaan.
  7. Merancang dan mengurus aktiviti kemahiran dan kompetensi penggunaan perpustakaan.
  8. Merancang dan mengurus aktiviti promosi perkhidmatan dan koleksi perpustakaan.
  9. Merancang dan mengurus strategi pemasaran perkhidmatan dan produk perpustakaan.
  10. Bertindak sebagai unit perhubungan awam perpustakaan.

Unit

  1. Unit Penyelidikan.
  2. Unit Rujukan & Perundingan.
  3. Unit Literasi Maklumat.
  4. Unit Sistem Pembekalan dan Penerbitan.
  5. Unit Promosi & Seranta.

BAHAGIAN PENGURUSAN PELANGGAN & KOLEKSI

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Pelanggan & Koleksi (BPPK) merupakan bahagian baharu yang diwujudkan pada Ogos 2016 yang terdiri daripada 4 unit utama iaitu Unit Sirkulasi, Unit Monograf dan Unit Koleksi Khas serta Unit Serial, Media & Sumber Elektronik.

Fungsi

  1. Membangun, menyediakan dan menguruskan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan serta mengendalikan pengurusan keahlian perpustakaan.
  2. Menguruskan pembangunan pengurusan koleksi meliputi koleksi monograf, serial, media dan sumber elektronik.
  3. Menguruskan pembelian bahan-bahan serial, media dan sumber elektronik.

Unit

  1. Unit Sirkulasi.
  2. Unit Monograf.
  3. Unit Koleksi Khas.
  4. Unit Serial, Media & Sumber Elektronik.